Wednesday, 10 August 2011

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

hai semua!!
sihat??
setakat ni bella sihat walafiat saje..الحمد لله~~

bella ade story nak cite ni..citenye pasal satu video tentang ceramah agama..
yang menarik perhatian bella adalah tajuk ceramah tu..agak menarik bagi bella..
tajuknye : ' apa hukum seorang wanita meletakkan gambarnya di facebook atau twitter atau sebagainya'..
haa..macam mana?? okeh??

bella cite ek..

'apa hukum seorang wanita meletakkan gambarnya di facebook' 

  • hukumnya sama..sama ada di facebook,twitter,buku,majalah, surat khabar..sama saje..
  • orang perempuan apabila harus dilihat di luar..haruslah ada gambarnya di internet atau buku..
  • di luar orang perempuan mestilah dalam keadaan menutup aurat..
  • tidak bermekap berlebihan..
  • maka di dalam internet begitulah diharuskan syarak..
  • apa yang harus dilihat diluar maka harus dilihat pada gambar..
  • cuma gambar jangan besar..
  • letak gambar muka sahaja, dalam keadaan menutup aurat, dan saiz gambar sebesar satu inci sahaja..
  • bukan tujuan untuk laki-laki tengok dan rasa jatuh cinta..
  • bukan untuk jual muka..
  • tujuan yang dibenarkan syarak sahaja..
  • orang tanya kenapa tak boleh besar tapi menutup aurat??
  • kerana akan berlaku khianat..
  • banyak gambar perempuan-perempuan islam dia letak besar walaupun pakai tudung tapi orang ambil buat superimpose..jadi naked..telanjang sudah..
  • ada jadi satu kes..sorang perempuan ni letak gambar dia yang besar orang ambil buat naked pakai photoshop....pastu ugut dia nak sebar gambar dia ke internet..
  • perempuan tu sanggup bayar laki ini bulan-bulan 2-3-4 ratus sebulan..
  • haa..nampak ni bahana balanya..
  • perempuan bila ditegur mereka jawab' ikut suka orang la'..
  • dia tak nampak kita nak jaga benda ni..
  • janganlah letak gambar melebih-lebih..
  • walaupun comel kadang-kadang..tutup aurat pakai tudung tapi gaya tu menggoda..
  • tak boleh..dan diharamkan oleh ulama-ulama..
  • istilah ini dipanggil "gedik-gedik"..
  • memang betul facebook ni mendatangkan banyak faedah tapi letak gambar tu yang molek-molek sikit..
  • ni letak gambar tengah makan..sudu dok dalam mulut..dok tunjuk kat orang..
  • apa yang haram dilihat di luar juga haram diletakkan di internet ,buku dan seumpama dengannya..
  • jadi siapa yang telah siarkan gambarnya tak tutup aurat..sila delete dengan kadar segera..
  • jika tangguh sampai esok..hukumnya dosa..
  • walaupun dosa tu kecik..tapi akan jadi makin banyak dan banyak..
  • orang yang ambil gambar perempuan tak tutup aurat juga dia dapat dosa..
  • patut kita tegur orang ramai dalam facebook..
  • ada orang yang menerima teguran dengan baik dan ada yang tidak..
  • jual majalah yang ada gambar perempuan tak tutup aurat pun hukumnya haram..
  • jangan ingat pakai serban janggut sampai pusat..jual majalah dapat saham yang sama..
  • the end..
hah??
pe macam..??
sebenarnya banyak yang bella dah tapis siap-siap..
takot ada yang terasa hati nanti..
bella terkejut jugak waktu dengar ceramah ni..
tapi dah kenyataan kalau kita buat macam ni..kita akan dapat dosa..
so marilah kita beramai-ramai mengelakkan diri daripada gejala seperti ini..
dan video ceramah ni dipost oleh ex-schoolmate bella yang lelaki..so bella memang agak malu la..tapi niat dia tu betul..nak betulkan kesilapan yang ada..
tak tegur pon dosa..betul tak..??
hermm~~
okeh la..sampai sini saja..
t kalo ada news baru bella akan post ye..
k daa..
sayounara~~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

No comments:

Post a Comment

lagu saya